Tuesday, April 6, 2010

Oh Hotel...

Pengalaman bekerja sebagai Front Office Manager/Guest Service Assistant di sebuah hotel amat bermakna buatku dalam menghadapi alam pekerjaan. Inilah kali pertama dalam hidupku bekerja dibawah seliaan orang kerna pada masa-masa sebelum ini aku hanya bekerja sendiri. Walaupun hanya seketika saja aku berkhidmat di situ, namun cukup banyak pengalaman, pengajaran dan ilmu yang amat berguna telah diperolehi.
Sebaik saja melaporkan diri pada hari pertama bekerja, aku telah merasakan sesuatu yang tak kena berlaku di situ. Setelah aku berkenalan dengan supervisor dan staf-staf senior, betullah sangkaanku kerna memang wujud pun konflik di situ. Pada hematku, mereka ini semuanya profesional dalam etika masing2 sebagai staf senior. Tp,semuanya hancuss..Dalam kalangan mereka,wujudnya budaya ampu-mengampu, tikam belakang, umpat-mengumpat dan sebagainya. Kata2 dan teguran ketua tidak diendahkan, staf masing2 bertindak suka hati sama ada nk dtg kerja atau tidak, etika berpakaian tidak dijaga..adakah sebagai front officer memakai selipar tandas??!! MasyaALLAH...mampukah aku bertahan dengan keadaan demikian..???Ya ALLAH..berikanlah petunjuk kepadaku dalam mengharungi keadaan seperti itu...

Sebagai majikan, perlulah dijaga kebajikan pekerja2 dengan sempurna..Dari segi keselamatannya, kesihatannya, kediamannya dan kelansungan hidup sebagai seorang manusia. Ketiadaan 'appointment letter' daripada pihak majikan seawal dari proses lantikan merupakan satu liabiliti kepada sang pekerja itu sendiri kerna tanpa surat itu, mereka mungkin menghadapi kesulitan di kemudian hari andaikata mengalami musibah atau kemalangan. Ditambah pula dengan keadaan kuarters staf yang memerlukan staf laki dan perempuan berkongsi tandas..perkara ini bukan perkara yang boleh diambil enteng kerana melibatkan maruah seorang muslim dan muslimah... MasyaALLAH...walaataqrabuzzinaa..!!perkara2 sebegini terjadi akibat percaturan orang2 yang tidak meletakkan hukum ALLAH sebagai asas dalam kehidupannya..menjadikan keuntungan perniagaan sebagai priority dalam agenda kehidupan mereka...Ayuh...sebagai insan pejuang..kuasailah bidang2 sebegini demi menjaga kemaslahatan umat Islam tercinta....

Tuesday, March 30, 2010


Politik dunia Islam 2009

Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008 sehingga Januari 2009, kepada konflik di Yaman yang semakin merebak ke seluruh wilayah negara itu dan jiran. Berikut 10 berita dan pemain utama dalam dunia Islam, yang memberi kesan besar kepada negara terbabit, dunia Islam secara keseluruhan dan politik dunia.

1. Serangan terhadap Gaza, Palestin

Dunia Islam memulakan tahun 2009 dengan menyaksikan konflik di Gaza, perang mempertemukan kekuatan tidak seimbang tentera Israel dengan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain di wilayah Palestin dikuasai Hamas ini. Perang bermula pada Disember 2008. Awal 2009, Israel memulakan serangan darat selepas seminggu serangan udara. Perang berakhir pada 18 Januari, dua hari sebelum presiden baharu Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah. Hampir 1,500 warga Palestin dilaporkan terbunuh, dengan kemusnahan hampir AS$2 bilion. Israel turut menyerang masjid, sekolah dan tempat-tempat awam, membunuh semua termasuk kanak-kanak. Tidak lama selepas perang, Israel memilih sebuah kerajaan dikuasai parti berhaluan kanan. Demonstrasi diadakan di seluruh dunia membantah tindakan Israel. Reaksi di dunia Islam termasuk boikot terhadap jenama AS dan Barat seperti McDonald's, Tesco, Starbucks, KFC dan pelbagai produk konsumer lain.

2. Dasar luar baharu Turki

Negara yang sedang menggerakkan dasar luar baharu, Turki, bertindak pragmatik dalam menangani isu Gaza melalui satu tindakan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dalam forum di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, menaikkan imej Turki ketika dunia Arab dilihat gagal bertindak. Di bawah arkitek dasar luar baharu Ahmet Davutoglu, akademik hubungan antarabangsa berpengalaman luas, Turki mengaktifkan usaha baharu membina hubungan baik dengan negara-negara jiran termasuk Armenia dan Syria dan cuba membina ruang pengaruh, berdasarkan fahaman pan-Turkisme atau apa yang disifatkan pemerhati sebagai perspektif "neo-Uthmaniyah" Ahmet. Ahmet, yang pengalamannya termasuk mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Beykent Istanbul, disebut sebagai "Henry Kissinger Turki" yang kini menjadi tokoh penting parti pemerintah, AKP.

3. Konflik Yaman

Menjelang Ramadan tahun lalu, Yaman menyaksikan bermulanya konflik melibatkan kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh dengan pemberontak Houthi di utara. Kini, setelah tiba bulan Muharram 1431, konflik di Yaman semakin meluas dan meningkat dari segi intensitinya, apabila AS mula terlibat dalam serangan terhadap kumpulan al-Qaeda di negara ini, kumpulan dikenali sebagai al-Qaeda di Semenanjung Arab (al-Qaeda in the Arabian Peninsula, AQAP) menggabungkan al-Qaeda Yaman dengan Arab Saudi. Negara dilanda masalah sumber air dan hidrokarbon ini juga berdepan kebangkitan kumpulan pemisah Marxist di selatan. Penglibatan Saudi menyerang Houthi juga menambahkan kerumitan konflik ini, yang kini telah menyebabkan lebih 170,000 menjadi pelarian di dalam negara. Peranan Iran dan Saudi memperlihatkan dimensi persaingan kuasa serantau dalam konflik ini.

4. Pilihan raya presiden dan isu nuklear Iran

Iran mengadakan pilihan raya presiden pada 12 Jun lalu, dengan keputusan penyandang Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan. Walau bagaimanapun, keputusan ini ditentang hebat Mir Hossein Mousavi dan ribuan penyokongnya, menggegarkan republik Islam yang berpandukan kepada ide Wilayatul Faqih yang menetapkan kuasa kepada para ulama. Kebangkitan digelar "revolusi hijau" oleh kem Mir Hossein mendapat kredibiliti dan imej yang positif bagi sesetengah pihak kerana warna hijau yang digunakan - yang dikaitkan dengan Islam dan Nabi Muhammad saw - sebagai simbol gerakan menentang pemerintah Iran. Pemerintah Iran masih berdepan cabaran getir penentangan ini, yang mendapatkan simpati apabila Ayatullah Hossein Ali Montazeri meninggal dunia pada 20 Disember lalu. Pada masa yang sama, Iran terus berdepan cabaran berhubung isu nuklearnya apabila sikap kerajaan baharu AS tidak berubah walaupun sedia berunding.

5. Afghanistan-Pakistan dan Taliban

Afghanistan dan Pakistan ditangani sebagai satu oleh sebahagian besar komuniti dasar luar AS, ekoran hubungan rapat kumpulan Taliban di kedua-dua negara dan kaitan rapat geografi kedua-dua negara dalam konflik di Afghanistan. Afghanistan kini menjadi satu agenda dasar luar penting bagi Obama, yang meluluskan 30,000 anggota tentera untuk dihantar ke negara ini. AS kini mempunyai kehadiran yang besar di Asia Tengah. Pada masa sama, Presiden hamid Karzai baharu melengkapkan anggota kabinetnya, yang dikritik ramai sebagai tidak memenuhi janji memerangi korupsi dan pada masa sama memberikan kuasa kepada pihak-pihak tidak sepatutnya. Kedatangan lebih ramai tentera AS dan pemerintahan Hamid yang tidak bersih dan bebas bakal meneruskan ketidaktentuan di Afghanistan. Kedatangan lebih ramai anggota tentera mampu meningkatkan lagi konflik dengan kumpulan militan.

6. Lanun dan kehadiran kuasa asing di Somalia

Penculikan dan rampasan kapal oleh lanun Somalia yang mula berleluasa pada 2008 terus berlaku pada 2009, dan menarik kedatangan tentera-tentera laut asing termasuk Jepun dan Rusia, menjadikan kawasan perairan Somalia yang strategik itu semakin tegang. Kawasan Teluk Aden bersempadan Laut Merah - dihubungkan laluan sempit Bab al-Mandeeb di tengah-tengah antara Djibouti dan Eritrea dengan Yaman - ialah satu laluan penting dalam perdagangan antarabangsa. AS juga menjalankan operasi pesawat tanpa juruterbang di kawasan perairan ini. Kawasan ini terletak tidak jauh daripada Yaman, satu lagi kawasan panas yang menjadi salah satu sumber senjata bagi lanun Somalia. Selain itu, tentera AS dan Iran juga meningkatkan kehadiran di kawasan perairan ini, mengaitkannya dengan isu lanun dan juga ketidakstabilan di Tanduk Afrika dan Yaman.

7. Pilihan raya Lubnan

Lubnan menjadi medan persaingan kuasa-kuasa asing sejak sekian lama, dan pilihan raya pada 7 Jun 2009 menunjukkan realiti ini kekal dalam permainan politik Lubnan. Kumpulan 14 Mac yang pro-Barat memenangi 71 daripada 128 kerusi, yang dibahagikan kepada 64 untuk Muslim dan 64 Kristian, susunan diwarisi daripada penjajahan Barat yang memberi kelebihan kepada Kristian. Saad Hariri dan kumpulan 14 Mac mendapat sokongan kuat AS, Arab Saudi dan Mesir, manakala Hizbullah dan Amal disokong Iran dan Syria. Kumpulan diketuai Hizbullah yang disebut-sebut akan menang tidak berjaya merealisasikan jangkaan itu, tetapi Lubnan meneruskan penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang dilaksanakan penggal lepas, proses yang hanya selesai beberapa minggu lalu, dengan Saad mengetuai kerajaan baharu.

8. Uyghur di Xinjiang

Wilayah Xinjiang menyaksikan kebangkitan rakyat berketurunan Uyghur memprotes layanan buruk kerajaan China dan dominasi kaum Cina han di wilayah tersebut. Di sini dapat diperhatikan perana Turki menggerakan kaum Uyghur daripada rumpun bangsa Turki sebagai sebahagian agendanya meluaskan ruang pengaruh. Ankara dan Beijing bertikam lidah dalam hal ini, dengan Turki berperanan sebagai pembela nasib Uyghur ketika China dilihat di seluruh dunia sebagai penindas. Dengan sokongan Turki dan AS, Rebiya Kader, tokoh Uyghur berpangkalan di Washington muncul sebagai ikon kaum tertindas ini, hampir menyamai peranan dimainkan Dalai Lama bagi Tibet. Perkembangan ini, yang berlanjutan selama beberapa bulan, menyumbang dalam menjadikan perjuangan Uyghur menuntut kebebasan dalam hal berkaitan agama dan budaya menjadi perhatian dunia Islam untuk satu tempoh.

9. Libya dan pembebasan Abdel Baset al-Megrahi

Abdel Baset al-Megrahi, disabit bersalah dalam pembunuhan 270 orang akibat pengeboman pesawat AS, Pan Am 103 di ruang udara Lockerbia, Scotland pada 21 Disember, 1988. Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Negaranya, Libya, menjadi tumpuan negara-negara Barat terbabit dan diletakkan sebagai satu musuh utama untuk satu tempoh yang panjang. Pada 20 Ogos lalu, beliau dibebaskan atas dasar kemanusiaan kerana dinilai doktor menghidap kanser prostat dan hanya akan hidup kurang tiga bulan lagi. Satu debat politik antarabangsa berlangsung ekoran tindakan kerajaan Scotland ini. Abdel Baset masih berusaha membersihkan namanya daripada tuduhan terlibat dalam pengeboman itu. Keadaan sekitar pembebasan Abdel Baset mengundang pelbagai spekulasi berhubung rundingan pembebasan beliau melibatkan kerajaan terbabit.

10. Islamofobia di Eropah

Di Dresden, timur Jerman, pada 11 November lalu, Alexander Wiens, pembunuh Marwa al-Sherbini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Wiens disabit membunuh Marwa akibat prejudisnya terhadap wanita Muslim berasal Mesir itu. Beberapa minggu lalu, di Switzerland, usaha mengharamkan menara masjid di negara itu mendapat sokongan 57 peratus pengundi negara Eropah itu. Sentimen itu sampai ke Belanda dan Jerman, apabila ahli-ahli politik berhaluan kanan di sana melahirkan sentimen yang sama. Sebelum itu, di Cologne, Jerman dan di utara London, Inggeris, protes terhadap masjid telah berlaku, memperlihatkan sentimen yang semakin disuarakan di Eropah, walaupun tidak kelihatan mendapat sokongan popular. Perkembangan ini menimbulkan persoalan tentang potensi ancaman kepada kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama di Eropah

Wahai sang muslimah....

Yakinlah bahawa setiap yang berlaku itu adalah ketentuan dari-Nya..Walau sehebat mana sekalipun perancangan manusia, namun ia pasti tunduk dek takdir Illahi. Kita merancang, Dia yang menentukan. Jadikanlah kesilapan yang berlaku pada kali ini sebagai guru yang telah mengajar dirimu untuk tidak mengulanginya lagi di kemudian hari. Sesungguhnya, insan yang bijak ialah insan yang tidak mengulangi lagi kesilapannya yang lampau. Andai engkau difitnah, dicerca dan dan dihina, anggaplah semua itu tidak sehebat ujian yang ditempuhi mujahidah terdahulu…Ianya tidak sehebat ujian yang menimpa Mariam..tidak sehebat ujian yang menimpa Sumaiyah dan tidak sehebat perjuangan Rabiatul Adawiyah dalam mencari bahagia..Semua itu adalah ujian daripada Al-Khaliq untuk menguji setakat mana keteguhan dan keyakinan seseorang hamba kepada-Nya. Memanglah perasaan marah, sedih, kecewa dan terkilan tak dapat kau sembunyikan dari lubuk hati itu..biar tumpah air mata sekalipun, kau harus tabah menghadapinya….kerna air mata itu tidak bisa membuatmu kuat untuk meghadapi ujian sebegini.

Wahai sang muslimah, lawanlah semua perasaan itu…kerna kau bisa musnah andai ia menguasai dirimu sepenuhnya. Sebenarnya, itulah lumrah kejadian manusia…kadang-kadang ia ceria…riang…gembira......kadang-kadang ia kecewa..sedih..kadang-kadang ia marah..Maka, muhasabahlah dirimu tatkala dilanda resah gelisah dan tak keruan..bersiap siagalah untuk bersihkan hatimu dari kekotoran nafsu yang membadai diri..ini semua bukan untukku…tapi, untuk kebahagiaan dan ketenangan dirimu jua… Andai kau pantas menyerah, nescaya kerugianlah yang bakal menggamitmu. Andai kau gugur di pertengahan jalan, bingkaslah bangun kerna umat memerlukan jasa baktimu. Anak-anak bangsa menagih keringatmu..

Wahai sang muslimah, kuatkanlah keazaman dan tebalkanlah ketabahanmu untuk menghadapi hari muka. Tidak bermakna sekali kau jatuh akan terus jatuh selama-lamanya. Dalam mengharungi kehidupan yang dipenuhi liku-liku jahiliah ini, ku berpesan agar carilah kekuatan buat pelindung dirimu…Sesungguhnya, ilmu itulah kekuatan kita. Doa itulah senjata kita..Teruskanlah gerak kerjamu dalam menggapai cita-cita, nescaya kecemerlangan duniawi dan ukhrawi bakal dijulang.
Kuharapkan dengan cebisan coretan ini mampu mengubat kedukaan yang melanda dirimu…Ku doakan moga Allah menaungi kita semua dengan limpahan nikmat dan kasih-sayangNya…Aminn……

Monday, March 29, 2010

Petanda Kiamat.....renung-renungkanlah..


1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari ~ memang sudah jadi…

2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim ~ dah nampak dah…

3. Bermaharajalela alat muzik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka”. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah ~ Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Juara Lagu…

4. Menghias masjid dam membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai. ~ banyak masjid besar dan indah dibina tapi bilangan jemaahnya, boleh kira dengan jari…

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak yang tidak mengaku ada mak dan bapak pasal malu…

6. Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yang tinggal…

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon….

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pun tidak bertegur sapa…

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. ~ fesyen zaman sekarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)…

10. Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani ~ kalau tak percaya, pergi tengok sendiri…

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim ~ cuba baca akhbar-akhbar dan majalah-majalah yang popular sekarang ni…

12. Banyak saksi palsu yang menyimpan kesaksian yang benar. “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad.